susulan adalah pandangan rakan kita (Nama dirahsiakan) mengenai pergolakan yang berlaku di GAZA. kita ikuti pandangan beliau:
kita selalu lihat orang melayu begitu sensitif pasal agama Islam. walaupun yang tak pernah shalat pun tapi mesti berkobar-kobar berapi marah kalau ada yang mempersoalkan Islam. Orang yg sama juga mungkin ingat kalau terkentut boleh terbatal puasa. maknanya agama yg dia sendiri anuti pun dia sendiri tak paham.
sebab itu kita tengok ramai yang beria-ia (ye-ye poyo) pergi demo/protes/boikot dalam isu Gaza. tapi dalam masa yg sama tidak paham hujung-pangkal krisis tersebut. lalu kita terdengarlah ramai yang bertanya kenapa negara-negara islam tidak bersatu menyerang kembali Israel. konflik palestine-israel bukan pasal agama.
betul. bagus mereka yg pergi demo itu. tapi mana muka yg sama bila dalam negara sendiri ada rumah kena roboh, rakyat kena tahan tanpa bicara, tahanan mati dalam lokap polis, pendatang mati kena hentam dgn rela, pendatang mati dalam pusat tahanan?
orang yang sama juga lah yg tidak suka ramai warga negara luar kerja di negara kita. orang yg sama jugalah menyokong ISA?
tolong faham dulu apa itu Yahudi. apa itu Zionis. apa itu Judaism. apa itu rasis. apa itu kapitalis. apa itu fasis. apa itu untung. apa itu zalim. apa itu ketuanan. bila paham semua rabak. terbarai burai kentut ramai-ramai. baru boleh demo dgn sepenuh hati.
jangan benci yahudi. jangan hipokrit. jangan diperbodohkan. 25 rasul selain nabi Muhammad saw dari bani israel. moses yahudi. solomon yahudi. daud yahudi. isa yahudi.
kalau mengaku islam jangan benci pendatang asing. jagan benci mat bangla. jangan benci mat myanmar. jagan benci mat nepal (zuli tak termasuk) hahaha. jangan benci warganegara malaysia selain melayu.
Zionis bukan semua yahudi. ia bukan bangsa. ia bukan agama. bukan boleh isi borang keahlian. bukan boleh bayar yuran dekat ayahanda. ia adalah fahaman. maka siapa yang berfikiran seperti zionis, dia juga tidak ada beza dengan zionis di israel walaupun dia adalah melayu.
terang-terangan kita dapat lihat zionis didukung sistem kapitalis amerika. jagan hipokrit walaupun tidak suka kita semua hidup dalam sistem yg sama di malaysia. jagna hipokrit. kita pun bertali leher dalam universiti satu kaum. belajar pun macam mana nak cari untung dalam dunia kapitalis nanti. jangan hipokrit. untung dah macam tuhan kita. duit tiang agama.
buat apa beli senjata? beli eurokopter? beli sukhoi? kata tak nak perang. kata tak suka zionis. tapi beli ssenjata dari mereka yg fahaman zionis jugak. lepas tu kita bising tak cukup universiti. tak cukup biasiswa. ptptn tu patut tak perlu pun.
sama-samalah kita cinta mencintai satu sama lain. tak perlu blonde rambut hahahahaha macam malu jadi melayu je....haahaha cakap pun mesti nak selit bahsa omputih skit walaupun berterabur...hahahaha takdelah ketuanan sangat macam tu hahahaha
Wednesday, February 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment